Ahad, 22 Januari 2012

Pesta Komputer Recon di Kuala Berang, Hulu Terengganu.



PESTA KOMPUTER RECON kali kedua di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 4 - 11 Februari 2011, dibuka dari jam 10.00 Pagi - 10.00 Malam bertempat di Dewan Sivik Kg. Batu 24 (dekat simpang trafic light ke Sekayu).

Rabu, 11 Januari 2012

Tips Penjagaan Komputer


Kini kami menyediakan satu jadual rujukan untuk pembaca kekerapan dan tindakan yang perlu diambil untuk penjagaan komputer dengan berkesan.

Kekerapan

Tindakan

Harian

· Kemas kini antivirus

· Kemas kini Windows

· Imbasan cakera segera

· Kemaskan folder

Mingguan

· Backup

· Disk Defragmenter

· Error Checking

· Bersihkan komputer

Bulanan

· System Restore

· Disk Cleanup

· Run msconfig

Tahunan

· Backup penuh

· Boot Floppies


P/S : Jika manusia memerlukan kesihatan sihat tubuh badan, komputer juga tidak terlepas dari perkara itu. Komputer perlu dijaga dengan sebaiknya. Lakukanlah penjagaan secara berkala.

Kronologi Sejarah Komputer



Setiap benda yang dihasilkan manusia adalah daripada evolusi ataupun perkembangan benda tersebut. Lihat sahaja kapal terbang, kereta, mentol mahupun makanan. Begitu juga halnya dengan sebuah komputer. Semua komputer hari ini adalah daripada evolusi tahun demi tahun, dekad demi dekad para pakar komputer untuk menghasilkan komputer yang lebih baik dan sempurna kepada para pengguna.

Pengenalan

Mengikut wikipedia, komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke – 20 ( sekitar tahun 1940 – 1945). Jika dikira sehingga sekarang (2008) lebih kurang 68 tahun usia komputer.

Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah dan ada sesetengah pendapat mengatakan saiznya adalah sebesar rumah. Tujuan utama penciptaan komputer adalah sebagai alat bantu manusia terutamanya dalam penyimpanan data.

ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of Pennsylvania. Mereka berdua adalah saintis di School of Electrical of Electrical Engineering, University of Pennsylvania.

Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.

Sinopsis ENIAC :

Tahun dicipta: 1946

Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat

Kuasa Elektrik Digunakan : 170 000 watts

Berat : 28 ta

Saiz : 80 inci lebar x 8 inci tinggi

Komponen :17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000 kapasitor and around 5 juta pateri.

Nilai : Di anggarkan bernilai USD 480 000

Tujuan penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil kira pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya. Tentera Amerika menggunakan semasa Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman.