Ahad, 30 Disember 2012

Bagaimanakah Internet Berfungsi?


Kini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami jargon tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal.





IP – Internet Protocol

IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita. IP juga membolehkan beberapa penyedia kandungan seperti Tonton, Hulu, dan BBC untuk menawarkan kandungan yang ditujukan khas kepada mereka yang berada di sesebuah negara tertentu sahaja, dan tidak boleh dilihat oleh yang lain (IP Geo Restriction).

Selain itu , IP yang dibekalkan oleh pembekal Internet kita ini mempunyai dua jenis iaitu jenis statik dan juga dinamik.

Bezanya antara kedua-duanya mudah sahaja, dimana statik itu IP kita yang kekal dan tidak berubah. Walaupun kita connect/disconnect seribu kali jua, IP yang digunakan oleh kita akan kekal tetap sama tanpa berubah. Alamat IP kekal ini biasanya diguna-pakai oleh perniagaan untuk tujuan pengehosan laman web pada pelayan mereka.

Untuk para pengguna biasa seperti kita yang lebih mengakses internet dan melanggan menggunakan akaun rumah, pembekal Internet akan menawarkan Dynamic IP, iaitu alamat IP kita yang senantiasa berubah-ubah apabila kita connect/disconnect ke Internet.

Setiap kali kita berhubung ke internet, modem yang digunakan kita akan meminta alamat IP yang dinamik daripada penyedia internet. Setiap rekod akan di log oleh pihak penyedia internet seperti Telekom Malaysia, Maxis, P1 dan sebagainya, dimana sekiranya pihak bertanggungjawab ingin mengesan seseorang ianya mudah. Alamat IP juga merupakan medium utama yang digunakan pihak berkuasa dalam mengesan individu-individu yang melanggar undang-undang atau etika di alam maya ini.

Terdapat beberapa “mitos” yang mengatakan bahawa alamat IP dinamik ini jauh lebih selamat daripada alamat IP yang statik. Namun, sebenarnya, perkara ini tidak benar.

DNS

DNS ini boleh diibaratkan sebagai “Yellow Pages” yang digunakan kita. Contohnya jikalau saya ingin menghubungi pihak UOP, maka saya akan mencari UOP di Yellow Pages untuk mendapatkan beberapa maklumat, terutamanya nombor telefon.

Begitu juga DNS berfungsi. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip alamat google.com ke bar alamat di pelayar web anda, ia akan “resolve” secara automatik kepada IP.

Perkara ini adalah kerana komputer hanya memahami penggunaan alamat IP sahaja (sama seperti nombor telefon kita, dimana melalui buku alamat, kita mendail mengikut penggunaan nama rakan-rakan dan bukannya menggunakan nombor telefon sepenuhnya).

DNS juga mempunyai fungsi yang lain. Contohnya, laman gergasi seperti Google, mempunyai ratusan alamat IP yang menghubungkan ia kepada pelbagai pelayan yang terdapat di merata dunia.

DNS akan terlebih dahulu mengambil alamat IP yang paling dekat dengan alamat IP pengguna dan menghubungkan ia, sekaligus menjadikan sambungan lebih pantas daripada biasa. Perkara ini adalah sama seperti kita keluar makan, biasanya kita akan makan atau keluar membeli-belah ke tempat yang berdekatan dengan rumah kita, melainkan tiada pilihan yang lain lain. Konsep ini digunakan pada penggunaan DNS juga, dimana sekiranya alamat IP pelayan berhampiran tidak dapat dihubungi, maka ia akan mencari alamat IP pelayan yang lain secara automatik.

Packet

Tujuan utama Packet ini adalah supaya dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang masalah, dimana penghantaran dan penerimaan data dilakukan dengan mudah dan pantas dalam keadaan yang selamat. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai penggunaan sampul surat, yang mana melindungi surat dan membawa ia kepada penerima dengan mudah.

Ping Time

Ping Time ini lebih merujuk kepada berapakah lama masa yang diambil untuk menghantar dan menerima mesej. Dalam erti kata lain, ia seperti merujuk kepada – berapa lamakah masa yang diambil leh seseorang itu dalam menjawab telefon yang sedang berdering.

Ping Time ini penting bagi para pemain, kerana sekiranya masa Ping mereka melebihi 300 ms (1 saat = 1000 ms) maka sukarlah mereka untuk bermain permainan atas-talian. dan fenomena ini dikenali sebagai “Lag” (lengah masa) dikalangan mereka. 300 ms bermaskud ia memakan masa sehingga 0.3 saat untuk menghantar/menerima mesej.

Ping time ini tidak begitu penting apabila kita melayari laman web ataupun muat turun applikasi daripada internet, tetapi berbeza dengan penggunaan beberapa aplikasi, terutamanya sekiranya membuat panggilan VOIP melalui Skype ataupun sekiranya gemar memainkan permainan atas-talian.


Kredit : http://amanz.my

Rabu, 19 Disember 2012

PESTA KOMPUTER RECON di Paka, Dungun.

kali pertama PESTA KOMPUTER RECON diadakan di Paka, Dungun, Terengganu bertempat di Pusat Servis kami cawangan Paka, SIJ MEDIA ENTERPRISE, Jalan Santong (Jalan S.M.K.Paka). Bermula 26 Disember 2012 - 5 Januari 2013. Dibuka dari jam 10.00 Pagi - 10.00 Malam. Datanglah beramai-ramai, pelbagai jenis komputer bermula dari harga hanya RM299/set dengan warranty 3 bulan.





Jumaat, 19 Oktober 2012

PESTA KOMPUTER RECON di Gong Badak, Kuala Terengganu

Kali Pertama PESTA KOMPUTER RECON akan diadakan di Dewan Sivik Gong Badak, berhampiran dengan tapak Pasar Malam dan perumahan Gong Badak. Bermula 3 - 10 November 2012. Dibuka dari jam  10.00 pagi - 10.00 malam.



Penyelenggaraan Komputer


Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya komputer juga memerlukan penyelengaraan yang kerap seperti mana sebuah kereta. Bayangkan jika kereta tidak diselenggara (servis) selama beberapa bulan. Agak2nya apa yang akan jadi pada kereta tu. Dah tentu akan rosak kan.. Keadaan sama juga bilamana komputer kita tu tak diservis dan kita hanya tunggu ia rosak baru la terhegeh-hegeh nak cari juruteknik komputer. Berapa ramai antara kita yang servis komputer atau laptop mereka setiap bulan. Sama ada buat sendiri atau pun hantar kepada mereka yang PAKAR. Hampir semua pemilik tidak servis komputer atau laptop mereka. Saya tak salahkan mereka. Mungkin para pemilik komputer atau laptop ni tak tahu yang penyelenggaraan komputer ni amat penting sama penting dengan kita servis kereta setiap bulan. Dan kebiasaannya para penjual komputer dan laptop ni pun tak menerangkan tentang perkara servis ni. 



Percaya atau tidak jangka hayat komputer atau laptop ni dapat dipanjangkan dengan membuat penyelenggaraan secara berkala sama ada dibuat sendiri atau menggunakan perkhidmatan PAKAR ( purata harga untuk servis ni pun tak la mahal sangat antara RM30 - RM50). Ok la kan daripada kita nak kena keluarkan duit dalam RM300 hingga RM400 untuk membaiki kerosakan komputer dan laptop tu. Jika komputer tu untuk baiki mungkin tidak semahal laptop. Bagi laptop pula, awas anda mungkin kena membeli laptop yang lain jika rosak kerana kos untuk membaiki sebuah laptop ni lebih kurang harga sebuah laptop baru. Kenapa saya kata macam tu. ok, sebabnya adalah harga untuk baiki mainbord laptop RM380. Skrin laptop RM350. Processor RM400 jumlah semuanya  RM1130. inilah harganya jika penyelenggaran tak dibuat.

Penyelenggaraan terbahagi kepada 2 kategori. Penyelenggaraan Pencegahan dan Penyelenggaraan Pembaikan. Penyelenggaraan pencegahan adalah kerja-kerja yang melibatkan pembersihan komponen-komponen komputer atau laptop seperti kipas CPU, lens DVD, keyboard dan lain-lain. Penyelenggaraan pembaikan adalah kerja-kerja membaiki sistem dengan membuang dokumen atau perisian yang tak perlu, menyusun semula kedudukan fail dalam cakera keras, membuang fail-fail registry yang tidak digunakan lagi menggunaka perisian khas.