Selasa, 27 September 2011

4 Kebaikan Membeli Komputer Terpakai


Salam sejahtera pembaca budiman,

Tiada yang baru, maka tiada yang lama. Walaupun lama, selagi masih boleh digunakan jangan membazir. Begitu juga halnya dengan komputer. Kepada mereka yang ingin membeli komputer, model komputer terpakai mungkin boleh dijadikan pilihan.

Jadi, kenapa memilih komputer terpakai?
  1. Harga murah. Setiap pembelian pasti harga menjadi keutamaan. Sama seperti komputer terpakai. Harganya lebih murah berbanding yang baru kerana komponen dan program yang lama. Walaupun lama tetapi masih boleh digunakan, akan tetapi tidak semuanya itu terlalu lama dan ada juga yang setanding dgn yang terbaru/latest.
  2. Jimat. Biasanya komputer terpakai dijual dengan pakej. Satu pakej termasuk CPU, monitor, keyboard dan  mouse. Tidak perlu membeli satu demi satu.
  3. Tiada perbezaan ketara dengan komputer baru. Contoh paling mudah, jika membeli komputer yang digunakan oleh makmal sekolah atau universiti. Beza teknologi cuma 2 hingga 3 tahun. Jika membeli untuk rumah, ia masih boleh dikatakan berbaloi kerana seperti saya, komputer masih boleh digunakan selama mungkin selagi mampu.
  4. Selamatkan bumi dari lambakan komputer di pasaran. Go green!
  5. Juga disertakan jaminan kedai selama 3 bulan, 6 bulan dan ada juga yang setahun!, jadi tidak perlu risau jikalau rosak atau perlukan service support
Mudahnya, kenapa masih membeli komputer baru jika masih boleh berjimat sehingga 80%. Wang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Jadilah pembeli bijak. Secara peribadi, jika ingin membeli satu lagi komputer, sudah pasti saya akan mencari komputer terpakai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan