Selasa, 27 September 2011

10 Tips Membeli Komputer

 
Komputer merupakan salah satu alat terpenting yang Tuan/Puan perlu ada kalau Tuan/Puan nak berblogging bukan?Sudah semestinyalah connection internet juga perlu. Tetapi kekadang ramai yang tak tahu sangat buying guide pasal komputer ni sebab kebanyakan emak ayah memang akan beli jer selagi ada duit.

Saya dh tgk fenomena ni dah lama sejak 2,3 tahun lepas dan melihat gelagat emak ayah yang belikan komputer untuk anak mereka semasa PC Fair berlangsung.Ha..Tuan/Puan pun beli jgk ke? saya selalu gi PC Fair tgk barang apa yang murah..selalunya RAM,Hard disk,Pendrive antara barangan yang amat laris jugak masa PC fair dan ramai jgk yang duk rambang mata dengan spec-spec komputer yang latest punya dan harga pun berpatutan berbaloi dengan spec yang diberikan. Kalau 10 tahun dulu sebuah PC amat mahal.Kalau anda ada bajet RM3000-RM4000 rasanya masa tu anda hanya dapat P4 punya PC,Hard Disk 40GB,RAM256mb, tul tak?Tapi skang neh?Kalau bajet RM4000 tu rasanya Tuan/Puan dh bleh bukak studio muzik rasanya kat umah dengan peralatan yang ada. Oklah... mari saya nak kongsikan antara buying guide yang perlu Tuan/Puan patuhi kalau Tuan/Puan nak belian Tuan/Puan itu berbaloi.

1.Jenama ke Brand?
- Dua perkara yang sama tapi tak serupa..banyak syarikat komputer mempunyai brand..tapi tak semua mempunyai jenama..means?Jenama yang dikenali dan juga reputasinya amat baik dikalangan penggunanya.Ini adalah fahaman saya sendiri, so Tuan/Puan jangan la amek ‘port ‘ sangat .Pilihlah antara jenama komputer yang banyak terdapat di pasaran dan dikenali ramai dikalangan top 10
-mari saya kasi antara jenama komputer yang disegani ramai:
i.Dell
ii.Compaq/Hp
iii.IBM/Lenovo
iv.Apple
-bagi saya jenama tersebut adalah menjadi pilihan kalau nak beli komputer.Reputasi memang number 1!

2.Kemahuan atau Keperluan?
- Sini ramai yang keliru antara kemahuan dan juga keperluan.Contoh:Amir nak beli komputer untuk digunakan untuk buat kerja sekolah,buat assignment,folio,etc..Dia request kat ayah dia untuk beli komputer macam iMac atau Sony Vaio.Ayahnya pun belikan la iMac yang HDnya sampai 1TB, RAM4GB..
-cuba Tuan/Puan pikir,adakah itu satu keperluan?Biasanya kalau spec seperti itu sama ada Tuan/Puan adalah video editor ataupun seorang graphic designer layaknya..Selalunya kalau untuk basic usage takat nak taip2 atau print surat dan hantar emel atau mungkin buat web sedikit2..cuba tgk spec camni kat kedai :
Hard Disk-below 40GB-160GB
RAM-Minimum 512MB-1GB
Contoh komputer di pasaran:HP,Compaq,Dell dan banyak lagi yang bleh dpt spec camtu.

3.Cari banyak kedai
- Ini rasanya selalu anda buat bukan?Tips ni mesti ramai yang dah tau.Tapi nak tau kedai mana tu agak adventure juga.Jangan sesekali pegi cari di Jusco atau di pasaraya seperti Tesco dan banyak lagi.

4.Review
- Baca review mengenai komputer tersebut diinternet dan juga pastikan anda cari komen2 mengenai komputer tersebut di internet.Download di Youtube atau tanya rakan anda yang pernah membeli komputer berkenaan.

5.Masih dalam Bajet
- Ni selalu orang miss tgk..memang pada mulanya Tuan/Puan akan rasa murah beli,then setelah dipujuk dan diracun oleh salesman tu,maka Tuan/Puan pun add lagi barangan yang tak perlu bagi Tuan/Puan.Contohnya,Sebakul CD-R atau DVD-R,glossy paper, dan sebagainya atau mungkin monitor atau speaker yang Maha hebat!Jangan beli!Itu karut saja.

6.Laptop atau Desktop?
- Kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya.Antara kelebihan desktop berbanding laptop adalah, Tuan/Puan bleh tukar ganti spare part dalam casing Tuan/Puan tu cam keter..nak jadikan Wira Tuan/Puan tu Evo?Takde masalah kalau ada duitnya..camtu la kalau Tuan/Puan beli desktop.Tuan/Puan bleh jadikan desktop Tuan/Puan tu macam studio muzik,TV dan sebagainya. Kekurangannya dah tentu la takleh nak bawak gi memane ye tak? Takkan nak heret ke mana pegi kan?
- Kelebihan laptop pula adalah lebih ringan dan juga memudahkan Tuan/Puan nak wat keje di sana sini.Dan juga kebanyakan laptop skang ni dah ada built in wireless dan terbaru Tuan/Puan bleh surf internet terus dengan NETBOOK.Paling tak best tentang laptop ni adalah Tuan/Puan takleh nak convert apa-apa pun.Cuma Tuan/Puan bleh upgrade RAM jek..siot je kan..tapi pastikan Tuan/Puan beli yang lasak kalau Tuan/Puan selalu gi travel sana sini.

7.Service Center kat Mana?
- Kalau Tuan/Puan terer cuba Tuan/Puan cari kat mana ye Authorised service center jenama laptop /desktop Tuan/Puan kat mana sekarang jugak?ha…dapat dah?Kenapa penting?Sebabnya Tuan/Puan bleh dpt full support dari service center dari Tuan/Puan gi kedai untuk tanya apa masalah..kan?

8.Knowledge is Powersupply
- Ini adalah paling penting bagi penggunaan komputer .Jangan Tuan/Puan taktau yang ada sesetengah user ni taktau pakai pun.Cuma tau guna internet jek.Tapi penjagaannya taktau. Jangan malas nak belajar tips penjagaan komputer Tuan/Puan.Jangan main belasah je sebelum beli.Tuan/Puan kena la tau komputer Tuan/Puan tu bape lama gak warranty nya dan juga apa software yang patut Tuan/Puan install dan tidak.

9.XP ke Win7 ?
- Ini soalan biasa customer tanya..ni Win7 ke XP? ori ke tak? Sepanjang pengalaman saya duk tanya ngan sales person tu, biasanya Tuan/Puan takkan dpt CD tu.Saya pun taktau nape die kasi CD Recovery jek.erm..kalau betul dh install ori OS kat dalam tu nape tak kasi jek Box nya sekali beserta semua code yang adalah dalam cd pack tu eh?Ini salah satu yang saya duk musykil sampai skang. Mungkin ada yang pernah jual komputer bleh jelaskan..
- Saya suggest Tuan/Puan gunakan XP dari Win7..tapi terpulang la kan kat Tuan/Puan..saya lebih prefer XP sebab sudah lama dipasaran dan tidak ada masalah untuk cari software untuk Win XP.Driver pun senang nak cari kalau CD ilang...

10.Check PC/Laptop Selepas Beli
- Pastikan Tuan/Puan suruh dia tunjukkan satu-satu dalam description yang Tuan/Puan beli tuh.Antaranya adalah seperti Processor biasanya dalam unit Ghz atau Mhz,untuk RAM biasanya dalam unit MB,Hard disk pula dalam unit GB dan jangan lupa Tuan/Puan check sama ada diinstallkan sekali Microsoft office kat dalam tu.Selalunya ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan