APAKAH MAKSUD “KOMPUTER RECON”
RECON adalah kata pendek dari perkataan RECONDITIONING, atau dalam bahasa melayu bermaksud PEMULIHAN (DIBAIKPULIH, DIPERBAIKKAN). Dengan ini bermaksud KOMPUTER RECON ini adalah komputer terpakai/telah dipakai(bukan yang rosak atau reject) dan diperbaikkan semula oleh kami pada tahap maksima termasuk spray, cuci, re-programming dan lain-lain proses upgrade seperti tambah RAM, HARDISK, PROCESSOR. Komputer Recon yang kami jual kebanyakan di import dari luar negara dan kebanyakan komputer ini sebelumnya diguna di Pejabat sahaja. Komputer yang kami jual diberi WARRANTY HARDWARE selama 3 BULAN.
Jadi, kenapa memilih KOMPUTER RECON?
Harga murah. Setiap pembelian pasti harga menjadi keutamaan. Sama seperti komputer terpakai. Harganya lebih murah berbanding yang baru kerana komponen dan program yang agak sedikit lama. Walaupun lama tetapi masih boleh digunakan.
Jimat. Biasanya komputer terpakai dijual dengan pakej. Satu pakej termasuk CPU, monitor, speaker, keyboard dan mouse. Tidak perlu membeli satu demi satu.
Tiada perbezaan ketara dengan komputer baru. Contoh paling mudah, jika membeli komputer yang digunakan oleh makmal sekolah atau universiti. Beza teknologi cuma 2 hingga 3 tahun. Jika membeli untuk rumah, ia masih boleh dikatakan berbaloi kerana komputer masih boleh digunakan selama mungkin selagi mampu.
Selamatkan bumi dari lambakan komputer di pasaran. Go green!
Mudahnya, kenapa masih membeli komputer baru jika masih boleh berjimat sehingga 80%. Wang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Jadilah pembeli bijak.
Saya copy ya! https://eyqahasnan.blogspot.my/2016/12/apa-itu-komputerlaptop-recon.html
BalasPadam